Tarikh Keramatku
Apa yang dimaksudkan Tarikh Keramat yang tertera di tajuk blog ku pada malam ini. Aku sesungguhnya ingin berkongsi dengan semua bahawasanya.. Aku telahpun meminta keredhaan daripada kedua ibu dan abah ku pada jam tepat 7:20 selepas waktu Maghrib diadakan secara berjemaah bersama adik-beradik ku. Untuk apa?.. kini aku dengan secara rasminya telahpun bergelar ”the new e-Business Entrepreneur”. (lihat profilku disebelah kanan) heh..
Walaupun pada dasarnya, gelaran itu telah ada padaku semenjak Raya yang lepas. Tetapi aku tidaklah berapa istiharkan pada semua. Kerana? Aku masih belum yakin apa yang telah aku ceburi pada mulanya. Hinggalah beberapa minggu selepas itu, (selepas menghadiri beberapa perbincangan dan seminar) aku yakin bahawa apa yang telahku ceburi adalah sangat tepat pemilihanku ini.
Dengan berbekalkan kad nama yang baru ku ambil dari Mak Long ku semalam serta ‘brochure’ yang telah hampir sebulan ku mencetaknya, lalu ku persembahkan kepada Abahku dan meminta agar abah doakan kejayaan adek yang sebelum ini pernah diberitahu oleh Mak Long bahawa abahku yakin aku tidak akan minat dengan bisnes yang akan diperkenalkan padaku sebelum aku menceburinya beberapa bulan yang lepas.
Kini dengan penuh keyakinan yang kental (walaupun masih berbekalkan sedikit rasa takut serta cemas) dengan tujuan yang satu; Aku Mahu Duit.. Untuk Diri Serta Dapat Membahagiakan Keluargaku.. Ya aku ingin berjaya dalam bisnes yang ku ceburi ini! Insya Allah aku boleh berjaya!
Aku telah berjanji dengan abahku juga.. “kalau dalam masa enam bulan adek tak buat duit, adek akan berhenti!” Tetapi ini tidak bermakna tanpa usaha aku mengharapkan duit dapat jatuh dari langit. Apa yang aku ceburi sesungguhnya bukan sama sekali skim cepat kaya, kalau beli loteri pun belum tentu boleh menang. Bisnes ini perlukan kesungguhan diri yang konsisten. Tanpa itu dalam masa enam bulan pun jangan harap boleh dapat satu sen! Macam apa yang ku alami selama ini, sudah menjadi ahli sejak Raya lepas, tapi mulut ini tidak berapa meyakinkan orang.. bagaimana orang mahu ambil tahu lebih lanjut bukan? Serta caraku yang macam endah tak endah untuk meyakinkan. Makanya, disebalik sikapku yang endah tidak endahku itu membuatkan diriku melepaskan peluang yang kadang-kala ada di hadapan mata. Bukannya apa, hatiku masih mengatakan belum boleh lagi untuk mula.. Tapi kini, semangatku kian membara.. dan aku berharap sangat agar diriku tidak patah semangat terlalu cepat ketika ini. Walaupun diriku tahu banyak rintangan, halangan serta kata2 orang yang akan melenyapkan misi pertamaku...
Fuhhlamak!!! eirto speaking malay uh.. amacam? how? very karatzx rite?.. anyway to those non-malay readers... I was saying that I have finally got the blessing from my parents to start with my new business.. called the e-marketing Business. Do spare me some of your time.. If you wanna know how to make fast money with easy, transparent and the honest way. Come to me, and I will try to convince you as much as possible. If you understand how the plan goes, you can easily make instant profits and cover the amount of you have invested in, in this Business. All the best to me! and to you too =)
aku ingin terbang dan menari
jauh indah di tempat kau berada...
11:24 PM